Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania
Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts

Friday, April 4, 2008

Catatan Minggu Ke - 3

Photobucket


Pada minggu ketiga ini pun alhamdulillah, pertandingan berjalan dgn lancar. Dan pada minggu ini jugalah pihak pentadbiran Jomlayan sudi menaja hadiah sebanyak RM50, yg mana aku mengambil keputusan utk menggunakan duit itu bg membeli buku dan dihadiahkan kepada pemenang. Antara buku yg menjadi pilihan aku ialah, Buku Motivasi (Fikir-Fikirlah, Buat Sampai Jadi & Nak Ke Tak Nak) dan juga buku karya Faisal Tehrani (Tuhan Manusia). Kenapa aku pilih buku-buku ni? Sebab aku harap ia dpt jadi motivasi kepada pemenang. Manakala buku Tuhan Manusia itu pulak mengupas isu murtad dgn cukup menarik sekali.

Mengenai tajuk tugasan yg dipilih pula, sebenarnya tajuk itu adalah tajuk gantian. Tajuk yg asal sebenarnya aku ingin menguji kecekapan peserta memasukkan video ke blog masing2 dan ingin mereka ulaskan mengenai video itu. Tp malangnya draft asal aku terhilang dan link ke video yg telah aku sediakan pun tidak ku jumpai. Huhu. Maka di akhir waktu terpaksalah aku gantikan dgn tajuk yg ada itu.

Saturday, March 22, 2008

Catatan Minggu Kedua


Alhamdulillah, pertandingan ini masih berjalan dgn lancar. Walau agak kecewa bila terdapat peserta yg menarik diri, tp nak buat macam mana. Adatlah, kedua orang peserta ini pun ada komitmen lain yg mereka perlu berikan perhatian. Pada masa soalan di umumkan, Katarsis menarik diri sbb komitmen terhadap kerja. Manakala Kantois pula terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana kesibukkan berkerja menghalangnya dr menyiapkan tugasan dia. Biasalah orang bekerja, kesibukkan tak kenal waktu. Aku yg penganjur ini pun terpaksa mencuri2 waktu.

Sebenarnya si Data juga sudah ingin menarik diri pada mulanya, kerana dia telah dimasukkan ke hospital menyebabkan dia tak sempat menyiapkan tugasan dia wlaaupun telah siap di draft. Pada masa tarikh akhir penghantaran tugasan dia barulah dia keluar dari wad. Walau rasa kecewa sekiranya dia menarik diri, tp kesihatan lebih penting. Namun si Data yg tidak mahu mengsia2kan usahanya akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan pertandingan dgn menghantar tugasan lewat dr waktu sebenarnya.

Dengan sedikit toleransi, aku membenarkan kembali penyertaannya, namun, untuk adil kepada peserta2 lain, aku telah menolak sedikit markah daripadanya.

Catatan Minggu Pertama


Pada permulaannya, pertandingan berjalan dgn lancar sekali. Asalnya terdapat 10 org peserta yg sepatutnya bertanding, namun pada masa aku mengumumkan Item Wajib yg perlu di letak pada blog masing2, seorang peserta telah menarik diri. Agak kecewa juga aku rasakan, tp aku faham yg peserta tersebut sdg bergelut dgn kesibukkan bekerja dan juga pelajarannya. Dan aku rasa yg dia mendaftar utk pertandingan tersebut pun untuk beri semangat pada aku. Hehe. Terperasan lak.

Selepas mengumumkan item wajib, aku telah beri masa seminggu kepada para peserta utk 'touch-up' blog mereka dan bersedia utk pertandingan. Apabila soalan pertama di keluarkan aku lihat masing2 dah mengerut dahi bagaimana utk menyiapkan tugasan mereka. Haha... lihat? berdasarkan ayat mereka sebenarnya...haha. Macam2 gelagat aku lihat, ada yg tersaiko melihat tugasan peserta lain, ade yg dah draft tp tunggu sehingga ke last minute utk menghantar tugasan. Ada juga yg baru saja soalan dikeluarkan dia tlh pun menyiapkan tugasan. Sungguh bersemangat sekali. Haha. Tak kurang juga ada yg berkempen di bod Layan Borak untuk meraih undi dari Juri Awam. Haha.

Sehingga ke saat penghantaran tugasan kesemuanya masih berjalan lancar. Namun, pada saat keputusan di umumkan, telah berlaku sedikit kekecohan. Seorang peserta yg telah tersingkir, tidak berpuas hati dgn markah yg diberikan oleh juri kepadanya lantas menyebabkan dia tersingkir. Kebetulan pada masa itu aku pula bercuti. Jadi aku tidak dpt memantau sepenuhnya apa yg terjadi. Puas dan jenuh jugalah Juri yg seorang itu dimaki hamun dan disumpah seranah oleh peserta ini.

Kesal jugalah aku dgn apa yg terjadi. Juri dituduh pilih kasih dan sebagainya. Tp benda dah terjadi. Aku juga tidak menyalahkan peserta itu sepenuhnya, aku faham yg dia tlh menaruh harapan terlalu tinggi namun kecundang di permulaan, maka terjadilah kekecohan. Pada peserta tersebut, kalau anda baca catatan ini, lagi sekali saya ulangi, blog anda bukan tidak bagus, tp bukan rezeki anda dan kami (Juri) hanya mengadili tugasan anda sahaja (bukan blog anda) berdasarkan apa yg sepatutnya.

Ada juga yg mempertikaikan juri yg seorang ini. Pada masa itu aku terfikir, haruskah aku menukar juri, tapi utk apa? Kalau ditukar pun seumpama aku menurut kata dan tidak konsisten. Setiap juri yg aku pilih ada sebab tertentu. Juri yg seorang ini pun kerana sifatnya yg simple inilah aku pilih dia. Ya, boleh dikatakan aku pilih dia, supaya menjadi curve utk pertandingan ini. Supaya peserta tahu, bukan mudah utk mendapat markah dan memuaskan hati semua juri. Kira juri yg seorang ini ala2 Paul Moss (Malaysian Idol) & Simon (American Idol) la dlm pertandingan ini walau mungkin dia tidak sehensem mereka itu. Hahahaha.

Di sini juga kau nak ucapkan terima kasih kepada Blekpepel, pada aku BP dah byk bantu aku utk menangani kekecohan ini dgn cara yg baik.. Thanks BP.

Kiranya itulah cabaran pertama aku dlm pertandingan musim kedua ini, rasa hampir patah semangat juga kerana kecoh forum Jomlayan dibuatnya. Tp, aku tidak boleh patah semangat, aku kena teruskan juga apa yg telah aku mulakan... well, hidup tak semestinya mudah. Ini juga satu pengalaman bagi aku, belajarlah dari pengalaman.

Wednesday, March 19, 2008

Berlangsungnya Musim Ke-2

Banner Rasmi JL Blogger Mania 2008.

Pada masa aku menulis catatan ini, JL Blogger Mania 2008 atau musim kedua telah pun berlangsung dan hanya menunggu keputusan siapakah yg bakal menjadi juara. Oleh kerana markah drp juri belum kesemuanya aku perolehi maka aku memutuskan utk menyiarkan markah keputusan tersebut selewat-lewatnya Isnin hadapan. Insyallah sekiranya tiada aral melintang.

Di musim kedua ini aku sekali lagi bersyukur kepada Allah yg maha esa kerana hanya dgn izinnyalah aku dpt menjayakan pertandingan ini. Antara percaya dan tidak bahawa pertandingan ini dpt memasuki musim kedua. Pertambahan peserta dr 6 org peserta pada musim lalu kepada 9 peserta (10 sbnrnya, seorang terpaksa menarik diri akibat komitmen) pada musim ini sedikit sebanyak menggembirakan hati ku. Tidaklah sia-sia usaha ku menelaah dan meneroka blog2 sesiapa jua utk mempromosikan pertandingan ini sehingga aku tersesat jua ke blog2 yg tidak sepatutnya aku masuki (kekeke).

Alhamdulillah juga aku ucapkan kerana di musim ke-2 ini masih ada yg sudi menaja hadiah utk para pemenang. Terima kasih aku ucapkan kepada Neeziee (yg pertama skali bersetuju menaja hadiah), Pn. Anis & Admin JL.

Dan pada kali ini, aku sendiri yg mereka banner rasmi JL Blogger Mania 2008. Blue is my colour, hahaha. Amacam, cantik tak?

Bagi yg terlepas utk menyertai pertandingan ini pada musim ini, tunggu..... musim ke-tiga akan dtg pada thn depan.