Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania

Saturday, March 22, 2008

Catatan Minggu Pertama


Pada permulaannya, pertandingan berjalan dgn lancar sekali. Asalnya terdapat 10 org peserta yg sepatutnya bertanding, namun pada masa aku mengumumkan Item Wajib yg perlu di letak pada blog masing2, seorang peserta telah menarik diri. Agak kecewa juga aku rasakan, tp aku faham yg peserta tersebut sdg bergelut dgn kesibukkan bekerja dan juga pelajarannya. Dan aku rasa yg dia mendaftar utk pertandingan tersebut pun untuk beri semangat pada aku. Hehe. Terperasan lak.

Selepas mengumumkan item wajib, aku telah beri masa seminggu kepada para peserta utk 'touch-up' blog mereka dan bersedia utk pertandingan. Apabila soalan pertama di keluarkan aku lihat masing2 dah mengerut dahi bagaimana utk menyiapkan tugasan mereka. Haha... lihat? berdasarkan ayat mereka sebenarnya...haha. Macam2 gelagat aku lihat, ada yg tersaiko melihat tugasan peserta lain, ade yg dah draft tp tunggu sehingga ke last minute utk menghantar tugasan. Ada juga yg baru saja soalan dikeluarkan dia tlh pun menyiapkan tugasan. Sungguh bersemangat sekali. Haha. Tak kurang juga ada yg berkempen di bod Layan Borak untuk meraih undi dari Juri Awam. Haha.

Sehingga ke saat penghantaran tugasan kesemuanya masih berjalan lancar. Namun, pada saat keputusan di umumkan, telah berlaku sedikit kekecohan. Seorang peserta yg telah tersingkir, tidak berpuas hati dgn markah yg diberikan oleh juri kepadanya lantas menyebabkan dia tersingkir. Kebetulan pada masa itu aku pula bercuti. Jadi aku tidak dpt memantau sepenuhnya apa yg terjadi. Puas dan jenuh jugalah Juri yg seorang itu dimaki hamun dan disumpah seranah oleh peserta ini.

Kesal jugalah aku dgn apa yg terjadi. Juri dituduh pilih kasih dan sebagainya. Tp benda dah terjadi. Aku juga tidak menyalahkan peserta itu sepenuhnya, aku faham yg dia tlh menaruh harapan terlalu tinggi namun kecundang di permulaan, maka terjadilah kekecohan. Pada peserta tersebut, kalau anda baca catatan ini, lagi sekali saya ulangi, blog anda bukan tidak bagus, tp bukan rezeki anda dan kami (Juri) hanya mengadili tugasan anda sahaja (bukan blog anda) berdasarkan apa yg sepatutnya.

Ada juga yg mempertikaikan juri yg seorang ini. Pada masa itu aku terfikir, haruskah aku menukar juri, tapi utk apa? Kalau ditukar pun seumpama aku menurut kata dan tidak konsisten. Setiap juri yg aku pilih ada sebab tertentu. Juri yg seorang ini pun kerana sifatnya yg simple inilah aku pilih dia. Ya, boleh dikatakan aku pilih dia, supaya menjadi curve utk pertandingan ini. Supaya peserta tahu, bukan mudah utk mendapat markah dan memuaskan hati semua juri. Kira juri yg seorang ini ala2 Paul Moss (Malaysian Idol) & Simon (American Idol) la dlm pertandingan ini walau mungkin dia tidak sehensem mereka itu. Hahahaha.

Di sini juga kau nak ucapkan terima kasih kepada Blekpepel, pada aku BP dah byk bantu aku utk menangani kekecohan ini dgn cara yg baik.. Thanks BP.

Kiranya itulah cabaran pertama aku dlm pertandingan musim kedua ini, rasa hampir patah semangat juga kerana kecoh forum Jomlayan dibuatnya. Tp, aku tidak boleh patah semangat, aku kena teruskan juga apa yg telah aku mulakan... well, hidup tak semestinya mudah. Ini juga satu pengalaman bagi aku, belajarlah dari pengalaman.

No comments: