Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania

Saturday, March 22, 2008

Catatan Minggu Kedua


Alhamdulillah, pertandingan ini masih berjalan dgn lancar. Walau agak kecewa bila terdapat peserta yg menarik diri, tp nak buat macam mana. Adatlah, kedua orang peserta ini pun ada komitmen lain yg mereka perlu berikan perhatian. Pada masa soalan di umumkan, Katarsis menarik diri sbb komitmen terhadap kerja. Manakala Kantois pula terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana kesibukkan berkerja menghalangnya dr menyiapkan tugasan dia. Biasalah orang bekerja, kesibukkan tak kenal waktu. Aku yg penganjur ini pun terpaksa mencuri2 waktu.

Sebenarnya si Data juga sudah ingin menarik diri pada mulanya, kerana dia telah dimasukkan ke hospital menyebabkan dia tak sempat menyiapkan tugasan dia wlaaupun telah siap di draft. Pada masa tarikh akhir penghantaran tugasan dia barulah dia keluar dari wad. Walau rasa kecewa sekiranya dia menarik diri, tp kesihatan lebih penting. Namun si Data yg tidak mahu mengsia2kan usahanya akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan pertandingan dgn menghantar tugasan lewat dr waktu sebenarnya.

Dengan sedikit toleransi, aku membenarkan kembali penyertaannya, namun, untuk adil kepada peserta2 lain, aku telah menolak sedikit markah daripadanya.

No comments: