Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania

Saturday, April 5, 2008

Part 4 - Kemuncak JLBM 2008 ... JUARA ialah...




Mempersembahkan..... juara JL Blogger Mania 2008....



JUARA : Jejerz


NAIB JUARA : Squall_Pka1


KE-3 : Lemonadenoi


Ke-4 : Data

TAHNIAH

kepada semua pemenang



Anda di jemput utk menyaksikan kemeriahan GREEN CARPET - KEMUNCAK JLBM 2008 di forum Jomlayan.

Part 3 - Kemuncak JLBM 2008



MARKAH TERKUMPUL

Jejerz :

Minggu 1 : 72.72
Minggu 2 : 77.45
Minggu 3 : 78.35

JUMLAH : 228.52

20% >> 15.23%



Squall :

Minggu 1 : 67.80
Minggu 2 : 77.45
Minggu 3 : 72.65

JUMLAH : 217.90

20% >> 14.53%



Lemon :

Minggu 1 : 67.80
Minggu 2 : 74.42
Minggu 3 : 73.40

JUMLAH : 215.62

20% >> 14.37%



Data :

Minggu 1 : 67.26
Minggu 2 : 41.96
Minggu 3 : 69.40

JUMLAH : 178.62

20% >> 12.00%



JUMLAH MARKAH SETIAP PESERTA

DATA

MARKAH TERKUMPUL : 12.00

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 35
- Blekpepel = 38
- Tempe = 38

60% = 44.40

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 17
- Whitedolfin = 38

20% = 11.00

JUMLAH : 67.40


SQUALL

MARKAH TERKUMPUL : 14.53

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 45
- Blekpepel = 42.50
- Tempe = 39

60% = 50.60

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 22
- Whitedolfin = 46

20% = 13.60

JUMLAH : 78.73


LEMON

MARKAH TERKUMPUL : 14.37

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 40
- Blekpepel = 44
- Tempe = 41

60% = 50.00

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 19
- Whitedolfin = 44

20% = 12.60

JUMLAH : 76.97


JEJERZ

MARKAH TERKUMPUL : 15.23

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 34
- Blekpepel = 45.5
- Tempe = 46

60% = 50.20

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 25
- Whitedolfin = 46.5

20% = 14.30

JUMLAH : 79.73



*** PARA JURI SEBULAT SUARA UTK TIDAK MEMOTONG MARKAH LEMONADENOI DI ATAS KELEWATANNYA MENGHANTAR TUGASAN KERANA KESILAPAN ASAL ADALAH BERPUNCA DRPD PENGANJUR ***

Friday, April 4, 2008

Part 2 - Kemuncak JLBM 2008


MARKAH DARI JURI JEMPUTAN


Juri : MANNSPIDER


Thanks sbb bagi peluang jadik juri tak bertauliah untuk forum yg canngih ni. Berikut permarkahan untuk mereka mereka yang bertanding menulis blog.

Lemon
Markah :
1 .Kekemasan blog > 4 markah
2. Penyampai tugasan > 15 markah
JUMLAH : 19

Komen :
Kekemasan yg sederhana tapi boleh diperkemaskinikan.
Penyampaian blog yang sangat simple tapi sayangnya terlalu bersahaja & tidak menampakkan kesungguhan. Pemilihan ayat ayat mudah bukan saja menjemukan tapi mengundang rasa bosan kepada pembaca.


Jejerz
Markah :
1 .Kekemasan blog > 7 markah
2. Penyampai tugasan > 18 markah
JUMLAH : 25

Komen :
Susunan yg baik & kemas terhadap butir butir penyampaian. Susunan graphics yg teratur & mudah di terima. Penulis berjaya pada pandangan saya dalam mengekpresi kemahuannya & mempunyai imaginasi yang agak terbuka & gaya penulisan yang seakan mempunyai jalan cerita atau naratif.
Keseluruhan yang paling baik antara keempat2 peserta bagi pandangan saya.


Squall
Markah :
1 .Kekemasan blog > 6 markah
2. Penyampai tugasan > 16 markah
JUMLAH : 22

Komen :
Satu tugasan yang baik dilaksana kan oleh penulis. Sususan graflk yang menarik & pelbagai. Tetapi pada pandangan saya...adalah agak kurang professional seakan mengundang persoalan kerana seekor kucing boleh menulis blog. Seakan memperbodohkan ( maaf! ) pembaca dgn imaginasi yang pada pandangan saya agak klise. Kerana bagi saya..tugasan ini bukan lah menjurus kepada genre lawak, tetapi bagaimana seseorang itu berimaginasi secara kreatif jikalau beliau mendapat duit yang banyak. Bukan berimaginasi menjadi seekor kucing. :-)


Data
Markah :
1 .Kekemasan blog > 3 markah
2. Penyampai tugasan > 14 markah
JUMLAH : 17

Komen :
Secara ringkasnya, saya merumuskan penulis blog ini agak kesuntukan masa & tidak fokus dengan apa yang perlu di lakukan. Susunan ayat, font & gaya penulisan yang saya boleh anggap kebudak budakan. Tidak mengikut format yang sesuai & berkesan untuk menyakinkan pembaca bahawa katak itu memegang peranan yang penting. Ianya hanya di tulis ( mungkin ) atas ketandusan idea barangkali.
Perlukan banyak pendedahan untuk penulis2 blog ini di masa hadapan untuk menjadi penulis blog yang berjaya & boleh diterima oleh pembaca media stream di luar sana.

www.kennysia.com merupakan satu contoh blogger yang terkenal dengan gaya penulisan nya yang bersahaja tetapi kelakar & mempunyai mesej sinis. Beliau juga merupakan salah seorang pelopor untuk blogger di Malaysia.

Terima kasih sekali lagi.
Wassalam.


Juri : WHITEDOLFIN


format pemarkahan yang aku berikan bukanlah berdasarkan kepada cara blogger yang betul. Pemarkahan aku adalah sebagai juri khas. Sebagai seorang pembaca blog. Samada aku suka dengan jalan cerita korang atau tak. Dan aku bagi markah ini hanya berdasarkan kepada tugasan terakhir bukan semua tugasan. So jangan cakap aku bias yer.

1) Data
Kekemasan blog =8
penyampaian tugasan =30
Jumlah : 38

komen- jalan citer lain dr yang lain.kreatif. tapi aku kurang minat citer ko.. rasa agak terganggu bila baca citer ko macam tersekat2.mungkin ko tulis sekata jer kot.. aku jadi bosan..hehehe.

2) Lemon
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =35
Jumlah : 44

komen- aku suka idea memasukkan lagu apex tu..lain dr peserta yang lain

3) Jejerz
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37.5
Jumlah : 46.5

komen - sebagai pembaca aku suka jalan citer ko. ringkas dan senang aku baca..points penting tuk idea JL tu..logik .

4) Squall
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37
Jumlah : 46

komen - sebagai pembaca aku suka citer ko..kreatif, menarik lain dr yang lain.buat aku tergelak. tapi aku terpaksa tolak markah.pasai kucing tu mati.macamana dia leh bercerita lagi.. x logiklah

Part 1 - Kemuncak JLBM 2008




Pada 21 Mac 2008 yg lalu, keputusan pemenang JL Blogger Mania 2008 telah pun di umumkan. Pada yg menjadi juara, mestilah menjadi suatu kebanggan kepadanya. Namun peserta2 JLBM yg lain pun bukan calang orgnya. Masing2 mempunyai daya saing dan berpotensi besar.

Sekarang mari kita lihat komen para juri.

MARKAH DARI JURI KHAS

Juri : BLEKPEPEL


Squall
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 33
Jumlah : 42.5

- Gaya bahasa yang menarik
- Kelainan Squal, dia sebagai seekor kucing. Walaupun kreatif tetapi tidak membantu dari segi mendapatkan markah yang tinggi [bagi saya secara peribadi]
- Kurang menceritakan apa yang ingin dilakukan dengan RM1 juta itu selain untuk JL. Mungkin sebab dia seekor kucing, ada limitasi agaknya :D
- Walaupun dari segi logiknya, cerita Squall ini agak longgar, tapi ada beberapa mesej di dalamnya.


Jejerz
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 36
Jumlah : 45.5

- Walaupun gaya penceritaan ‘straight forward’ dan tak banyak bermain dengan bahasa sangat tapi sarat dengan isi.
- Saya tertarik bagaimana Jejerz menggunakan RM1 jutanya itu. Ada sentuhan kemanusiaan dan kemasyarakatan.
- Jejerz tahu apa yang diceritakannya, imaginatif tetapi masih rasional.
- Ada diselitkan lawak yang bersahaja.


lemonadenoi
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 35
Jumlah : 44

- Saya tertarik dengan cara penyampaian tugasan Lemon. Gaya bahasanya bersahaja tetapi kreatif, berisi dan segar.
- Penceritaan yang berpijak di bumi yang nyata.
- Idea Lemon bagaimana untuk memajukan JL itu nampak rasionalnya.
- Diselitkan lirik lagu [atau mungkin boleh saya katakan puisi bebas juga], kreatif dan bermesej.


Data
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 30
Jumlah : 38

- Ini tugasan Data yang terbaik berbanding tugasan-tugasan sebelum ini.
- Ada kemajuan terutamanya dari segi bahasa.
- Terdapat beberapa kesalahan ejaan di sana sini.
- Menggunakan dialog kreatif, tetapi isi keseluruhannya agak longgar dan kurang fokus kepada kehendak tugasan.


TERIMA KASIH!

TAHNIAH kepada semua peserta!


Juri : DIABLO


Lemon :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 30 markah
Jumlah : 40

-Ruang teks agak sempit, tapi bukan masalah besar. kemas & mudah dibaca.


Jejerz :
Kekemasan blog > 9 markah
Penyampai tugasan > 25 markah
Jumlah : 34

-Padat & panjang... dikuatiri org yang malas membaca (mcm aku) akan terus hilang minat. Tu pandapat peribadi aku aje lah... maybe orang lain suka.


Squall :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 35 markah
Jumlah : 45

- Aku suka


Data :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 25 markah
Jumlah : 35

- Aku lebih suka kalau perenggan tu dijarakkan... senang sikit nak baca. Pastu kalau boleh toksah le panjang sangat.


Sekian timakaseh


Juri : TEMPE


Salam semua,

Rata2 kesemua peserta menunjukkan persembahan dan pencapaian yg bagus. Ada yg sudah pun menunjukkan peningkatan pada final kali ini. Bagus. Saya lihat ada 2 peserta yg tidak begitu meneliti soalan sehingga mereka tertinggal beberapa point penting dan menyebabkan pengurangan markah. Sebelum ini saya pernah menasihatkan supaya meneliti soalan dan dptkan point2 yg perlu ada. Ini kerana saya memberi penekanan supaya anda menjawab soalan mengikut kehendak soalan.

Sebenarnya sekiranya anda teliti soalan tugasan selain dr jln penceritaan yg bagus, kretiviti ada 5 point penting pada soalan Final ini, iaitu :

- Sumber : dr pertandingan APA anda MEMENANGI wang tersebut
- Impian anda : nyatakan apa yg anda akan buat dgn wang tersebut
- Forum JL : apa yg akn dibuat utk memajukan JL
- Kucing : kaitkan dgn cerita
- Rumah : kaitkan dg cerita

Saya lihat ada 2 org peserta yg tertinggal certain point dlm tugasan mereka. Ya, ini final tp apa yg saya beritahu ini mungkin berguna sekiranya anda menyertai next season. Catat point yg penting dan mulakan karya anda. Pemberian markah saya adalah berdasarkan point2 ini.

DATA
Kekemasan : 9
Penyampaian : 29
JUMLAH : 38

- Hanya menyatakan 'PERTANDINGAN MENANG 1 JUTA'. Well what is the game name? Anda sepatutnya reka nama permainan yg lebih sesuai.
- Tertinggal satu point yg mana anda tidak menyatakan apa yg akan anda buat dgn wang RM1 juta tersebut
- cerita anda kali ni agak kreatif pada saya, namun pengawalan & pengakhiran cerita ada sedikit hambar
- bagus, anda akhirnya menerima nasihat Juri BP utk memperbaiki bahasa awak


SQUALL
Kekemasan : 9
Penyampaian : 30
JUMLAH : 39

- wang tersebut, berdasarkan soalan, anda sepatutnya memenangi wang tersebut dan bukan diperolehi atas sbb yg lain ye En Pembunuh. Saya dah beritahu awak sblm ini utk lebih teliti dgn soalan.
- erm, yg diperolehi ialah RM : ringgit malaysia, ttp kenapa AMERICAN DOLLAR yg dikenakan? Penggunaan gambar blh menjadikan cerita menarik tetapi perlulah relevan dgn cerita.- bahasa awak, kekadang mengelirukan saya utk memahami cerita. kadang2 bahasa yg simple, straight to point adalah memadai utk menjadikan cerita menarik
- cerita awak mmg kreatif, namun, 'ANDA' yg dimaksudkan di dlm soalan ialah penulis blog, yg mana, adakah kucing pandai menulis blog? atau anda ialah seekor kucing mr squall? kalau ini cerita hikayat kite boleh terima pakai ye.


JEJERZ
Kekemasan : 9
Penyampaian : 37
Jumlah : 46

- penerangan dlm btk point form utk perancangan diri sendiri & perancangan terhadap JL serta penerangan terperinci mmg membantu utk memahami apa yg awak sampaikan
- nilai2 kemasyarakatan dlm perancangan awak juga membuatkan rancangan awak lebih realistik
- wow.. LAPTOP, next season JLBM tlg taja laptop ye...
-setiap kali baca tugasan awak, mesti saya senyum, mcm BP ckp, tugasan awak ada sense of welcoming.


LEMON
Kekemasan : 9
Penyampaian : 32
JUMLAH : 41

- cerita anda terlalu ringkas dan simple walaupun begitu, awak terangkan perancangan awak dgn terperinci.
- perancangan awak kelihatan rasional pada saya.
- saya kira hanya awak dan jejerz yg penuh semua point dlm tugasan
- nice song... hehehe

Tugasan Final


Tugasan FINAL
RINGGIT MALAYSIA SEJUTA SAHAJA

Anda memenangi wang tunai sebanyak RM1,000,000. Anda mesti menyatakan dari mana anda memenangi wang tersebut dan apakah yg akan anda lakukan dgn wang tersebut. Salah satu dari perkara yang akan anda lakukan ialah mengambil alih FORUM JOMLAYAN. Apakah yg akan anda lakukan untuk memajukan lagi forum ini. Anda juga mesti meletakkan kedua-dua gambar ini ke dalam tugasan anda dan ianya mestilah releven dengan cerita anda.



Format Tajuk Tugasan
JLBM’08 (Week FINAL) : Tajuk Anda

Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.

Tarikh Tutup Serahan Tugasan

Oleh kerana ini merupakan minggu FINAL, dimana siapa bakal menjadi JUARA akan ditentukan pada minggu ini, maka tarikh akhir serahan tugasan ialah pada hari Rabu , 12 Mac 2008, sebelum 12PM

Oleh kerana ini merupakan minggu final, maka ada perubahan sedikit terhadap format pemarkahan.

FORMAT PEMARKAHAN FINAL

Pada minggu FINAL ini, format pemarkahan adalah berbeza berbanding dgn minggu2 lepas. Ini kerana kami ingin memilih mereka yg benar2 layak untuk bergelar JUARA JL BLOGGER MANIA 2008. Markah adalah berdasarkan kepada JURI KHAS & JURI JEMPUTAN sahaja bg minggu ini, tiada JURI LUAR dan JURI AWAM. Oleh itu, pembahagian markah adalah seperti berikut :

60 % JURI KHAS
20 % JURI JEMPUTAN
20 % markah dr tugasan2 lepas

Tugasan anda akan dinilai seperti berikut oleh JURI KHAS & JURI JEMPUTAN.

- tiada lagi markah utk item wajib -

KEKEMASAN BLOG : 10 markah
Susun atur blog, layout blog menyumbang kepada kekemasan blog.

PENYAMPAIAN TUGASAN : 40 markah
Tugasan hendaklah kreatif, mampu menarik minat pembaca, teraturt dlm penyampaian dan memenuhi kehendak tugasan.

*** Pemberian markah oleh JURI adalah muktamad, sebarang rayuan, surat menyurat tidak akan dilayan ***


BARISAN JURI KHAS

Blekpepel, Diablo, Tempe

Pada minggu akhir ini, anda sepatutnya sudah blh mengagak selera para JURI KHAS dlm mengadili tugasan anda.

BARISAN JURI JEMPUTAN

Whitedolfin, Mannspider

Adalah dimaklumkan bahawa juri jemputan di panggil bukanlah kerana mereka memiliki apa-apa keistimewaan di dalam bidang blog, tp mereka akan mengadili anda sebgi pembaca / audience. Oleh itu, markah anda adalah bergantung kepada samada penulisan anda mampu utk menarik minat mereka.


Hasil kreatif para peserta :

Data
Hikayat yang bukan-bukan

Squall
Cintaku Tertinggal di Jomlayan...

Jejerz
1 juta!!

Lemon
JUTAWAN DAN ANGAN

Catatan Minggu Ke - 3

Photobucket


Pada minggu ketiga ini pun alhamdulillah, pertandingan berjalan dgn lancar. Dan pada minggu ini jugalah pihak pentadbiran Jomlayan sudi menaja hadiah sebanyak RM50, yg mana aku mengambil keputusan utk menggunakan duit itu bg membeli buku dan dihadiahkan kepada pemenang. Antara buku yg menjadi pilihan aku ialah, Buku Motivasi (Fikir-Fikirlah, Buat Sampai Jadi & Nak Ke Tak Nak) dan juga buku karya Faisal Tehrani (Tuhan Manusia). Kenapa aku pilih buku-buku ni? Sebab aku harap ia dpt jadi motivasi kepada pemenang. Manakala buku Tuhan Manusia itu pulak mengupas isu murtad dgn cukup menarik sekali.

Mengenai tajuk tugasan yg dipilih pula, sebenarnya tajuk itu adalah tajuk gantian. Tajuk yg asal sebenarnya aku ingin menguji kecekapan peserta memasukkan video ke blog masing2 dan ingin mereka ulaskan mengenai video itu. Tp malangnya draft asal aku terhilang dan link ke video yg telah aku sediakan pun tidak ku jumpai. Huhu. Maka di akhir waktu terpaksalah aku gantikan dgn tajuk yg ada itu.

Monday, March 24, 2008

Keputusan Minggu Ketiga


Apakah pula komen para juri terhadap para peserta pada minggu ini.


Juri : Blekpepel

1. Squall

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 22
Jumlah : 45.5

- Penyampaian yang selamba
- Mempromosikan JLBM dengan menunjukkan peningkatan penyertaan JLBM2 berbanding JLMB1 dengan menyenaraikan peserta musim lepas dan musim ini.
- Illustrasi yang diselitkan mungkin dapat mencuri perhatian pembaca walaupun hadiah-hadiah yang dicadangkan oleh Squall itu mungkin agak pening juga untuk penganjur mengadakannya. Hehehe!


2. Jejerz

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 24
Jumlah : 47.5

- ‘Intro’nya yang ‘catchy’ dan provokatif. Ada ‘sense of welcoming’
- Isi yang padat dengan gaya bahasa yang menarik
- Menyelitkan fakta dan info ringkas tentang JLBM itu sendiri.
- Cadangan mengadakan juri khas yang berlainan setiap minggu itu mungkin agak kurang praktikal [berdasarkan pengalaman sayalah]


3. Neomatrixx

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8.5
Penyampaian Tugas : 22
Jumlah : 44.5

- Kelainan persembahan Neo adalah menceritakan secara ringkas setiap tugasan yang diberi oleh penganjur. Itu juga satu bentuk promosi.
- Tahniah! Masih bersemangat meneruskan tugasan walaupun ada halangan. Kalah menang belakang kira, semangat itu yang penting.


4. lemonadenoi

Item Wajib : 12
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 21
Jumlah : 42

- Penceritaan pengalaman dari pelbagai sudut.
- Kurang memberi fokus tentang JLBM itu sendiri
- Lemon tertinggal ‘point’ penting iaitu idea / cadangan bagi memantapkan lagi pertandingan JLBM.


5. Data

Item Wajib : 12
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 19
Jumlah : 39

- Data memberi pendapat tentang kelemahan persembahannya bukan kelemahan JLBM.
- Penyampaian keseluruhan sederhana
- Terlalu banyak ejaan ringkas ala-sms seperti sy, knp, dak, klu, tkt, jd dan sebagainya, menganggu kelancaran pembaca yang cerewet seperti saya. :D

Juri : Tempe

Data

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 16
JUMLAH : 38

- Berdasarkan soalan, factor ‘kelemahan’ sepatutnya adalah kelemahan JLBM bukan kelemahan peserta
- Terlalu simple, kurang daya penarik. DATA.. be more creative.
- Walau pun blog adalah rumah, singgahsana bg blogger, tp saya harap tidak perlu ada ‘drama’ yakni unsur2 yg kalau tiada pun tidak merugikan apa2 dlm tugasan.


Lemon

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 21
JUMLAH : 44

- tertinggal point utk cadangan, tiada penghuraian
- penceritaan dah ok, tp tiada strength dlm cerita, maybe kalau ad apenghuraian lebih mengenai apa itu JLBM akan menguatkan lagi jln cerita.


Neomatrix

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 22
JUMLAH : 44

- not a bad job even last minute work. Good
- kelemahan JLBM ada dinyatakan, namun kurang penghuraian yg mampu memberi lebih markah
- kalau sampai 2 bulan tu saya rasa, saya sendiri terpaksa tarik diri.


Jejerz

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 23
JUMLAH : 46

- you are doing good job in promoting JLBM.
- Kekuatan jejerz ialah pada idea melakukan tugasan, welcoming sense setiap kali membaca tugasannya. I like that. Keep this feeling always.
- Pengalaman berblogging selama 4 tahun saya agak amat berguna pada Jejerz
- Cuma saya rasa jejerz kurang menghuraikan mengenai pengalaman dlm JLBM


Squall

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 22
JUMLAH : 45

- tugasan yg terbaik dr anda setakat ini pd penadangan saya
- kekuatan awak pada tugasan kali ini ialah perasaan awak dicurahkan skali dlm tugasan bila menceritakan pengalaman anda. But.. bukan jiwang ye.
- Teruskan usaha mcm ini bg masa2 akan dtg, feel perlu utk menjadikan tugasan anda menarik. Tp biarlah feeling yg berpadanan dgn cerita.
- Tu dia aih… sapa nak taja suma2 tu?


KEPUTUSANNYA :

Berikut adalah keputusan pada minggu ini :

1. Jejerz : 65.45 (JK) + 2.9 (JA) + 10 (JL)= 78.35
2. : Squall : 63.35 (JK) + 4.3 (JA) + 5 (JL)= 72.65
3. : Neo : 61.95 (JK) + 2.1(JA) + 10 (JL)= 74.05
4. : Lemon : 60.2 (JK) + 5.7 (JA) + 7.5 (JL)= 73.40
5. : Data : 53.9 (JK) + 7 (JA) + 8.5 (JL)= 69.40

Oleh kerana kelewatan peserta Neo_matrixx menghantar tugasan, sbyk 10 markah ditolak dr markah Neo_matrixx menjadikan jumlah keseluruhan ialah 64.05. Dgn ini di umumkan bahawa peserta ke-5 tersingkir dr JLBM 2008 ialah Neo_matrixx.

Sepanjang mengendalikan JLBM 2008 ini, saya rasa ini lah antara keputusan paling sukar bg saya utk menyingkirkan Neomatrixx. Dari mula penglibatan Neo saya dpt melihat ‘improvement’ Neo dlm menyiapkan tugasan dr satu minggu ke satu minggu. Antara ramai2 peserta Neo menunjukkan kemajuan yg agak bagus. Walau pun tugasan 3 diserahkan lewat, tp saya kira Neo cuma mengambil masa satu jam lebih sahaja utk menyiapkannya berdasarkan pada peninjauan saya. Saya akui ianya adalah tugasan yg agak bagus. Agak berat bg saya utk menyingkirkan peserta sebaik Neo. But, rules is rules, it is not made to be broken. Harap Neo boleh join lg utk musim akan dtg dan terima kasih di atas sokongan anda terhadap pertandingan ini.

Tugasan Minggu Ketiga

Tugasan 3
SAYA & JL BLOGGER MANIA 2008

Anggaplah tugasan kali ini anda membantu penganjur mempromosikan JL BLOGGER MANIA . Kiranya, iklan percumalah.

Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai pertandingan ini. Apakah yg telah anda perolehi dr pertandingan ini. Apa pendapat anda mengenai pertandingan ini. Setiap perkara sentiasa ada kelemahan, jadi apa kelemahan yang anda nampak dan bagaimanakah kelemahan ini harus diperbaiki. Apa cadangan anda utk memantapkan lagi pertandingan ini. Haruskan pertandingan ini dikekalkan ke musim seterusnya?

*** PERHATIAN ***
SAYA MENGATAKAN ANGGAP LAH TUGASAN KALI INI SEOLAH MEMPROMOSIKAN JLBM2008 KERANA ANDA DIKEHENDAKI BERCERITA MENGENAI JLBM 2008. TP ANDA TIDAKLAH DIMINTA MEMBUAT IKLAN. SILA BACA SOALAN DGN TELITI

Format Tajuk Tugasan
JLBM’08 (Week 3) : Tajuk Anda

Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.

Tarikh Tutup Serahan Tugasan
Sila siarkan tugasan masing2 pada blog anda sebelum atau pada pukul 4 ptg , RABU, 27 Feb 2008.

Nak tengok hasil karya mereka?

Jejerz
Anda Berani??

Data
Pengalamanku Disini

Lemon
Pengalaman Manis

Squall
Aku mahu JL Blogger Mania 2008

Neo
Perjuangan Blogger Mania

Saturday, March 22, 2008

Catatan Minggu Kedua


Alhamdulillah, pertandingan ini masih berjalan dgn lancar. Walau agak kecewa bila terdapat peserta yg menarik diri, tp nak buat macam mana. Adatlah, kedua orang peserta ini pun ada komitmen lain yg mereka perlu berikan perhatian. Pada masa soalan di umumkan, Katarsis menarik diri sbb komitmen terhadap kerja. Manakala Kantois pula terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana kesibukkan berkerja menghalangnya dr menyiapkan tugasan dia. Biasalah orang bekerja, kesibukkan tak kenal waktu. Aku yg penganjur ini pun terpaksa mencuri2 waktu.

Sebenarnya si Data juga sudah ingin menarik diri pada mulanya, kerana dia telah dimasukkan ke hospital menyebabkan dia tak sempat menyiapkan tugasan dia wlaaupun telah siap di draft. Pada masa tarikh akhir penghantaran tugasan dia barulah dia keluar dari wad. Walau rasa kecewa sekiranya dia menarik diri, tp kesihatan lebih penting. Namun si Data yg tidak mahu mengsia2kan usahanya akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan pertandingan dgn menghantar tugasan lewat dr waktu sebenarnya.

Dengan sedikit toleransi, aku membenarkan kembali penyertaannya, namun, untuk adil kepada peserta2 lain, aku telah menolak sedikit markah daripadanya.

Keputusan Minggu Kedua


Sekali lagi para peserta telah di adili. Apakah pula kata2 para juri? Adakah yg telah menunjukkan kemajuan? Mari kita saksikan.


Juri : DIABLO

1. DATA

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG :10
PENYAMPAIAN TUGASAN : 13
JUMLAH : 37
2. Lemonadenoi

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 10
PENYAMPAIAN TUGASAN : 22
JUMLAH : 46

- *Vast improvement!

3. NeoMatrix

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 20
JUMLAH : 42

4. Jejerz

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 22
JUMLAH : 44

5. SQUALL

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 10
PENYAMPAIAN TUGASAN : 26
JUMLAH : 50

- FULL MARKS! TERSANGAT KREATIF... IDEA MAHAL.

Juri : BLEKPEPEL

1. Squall

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 21
Jumlah : 44.5

- Cerita 3 dalam 1. Penyampaian yang kreatif. Cuma mungkin bagi sesetengah pembaca akan ‘terganggu’ sedikit membaca sambil ‘scroll down’ untuk memadankan ruang kosong dengan jawapannya di petak di bawah.
- Gaya bahasa yang baik, santai dan bersahaja.
- ‘Saying’ dan ‘penjak’? Tersalah eja atau memang ada maksud tersendiri Squall? Tapi kalau tak menjejaskan jalan cerita, oklah. :D

2. Jejerz

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 22J
umlah :45.5

- Kreativiti persembahan yang baik cuma saya agak mementingkan tatabahasa.
- Saiz font agak halus, tapi itu cuma dari segi teknikal, mungkin tidak mempengaruhi sangat corak penjurian.
- Kelebihan persembahan Jejerz berbanding peserta lain adalah kerana menyelitkan fakta dan pautan informatif, analogi dan moral cerita yang relevan dengan gambar.

3. Neomatrixx

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8.5
Penyampaian Tugas : 20
Jumlah : 42.5

- Saya ok dengan rekabentuk blog ini cuma kekurangannya mungkin kerana templatnya agak lebih lebar dari skrin komputer :D
- Penceritaan yang ‘straight forward’ tetapi menarik dengan penggunaan bahasa dan dialog yang bersahaja dan santai.

4. lemonadenoi

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 20
Jumlah : 43

- Satu-satunya peserta yang menggambarkan objek sebagai diri sendiri iaitu ‘aku’. Lain dari yang lain.
- Penggunaan bahasa dan isi cerita yang baik walaupun agak ringkas.
- Ada sedikit falsafah di dalam ceritanya cuma saya agak tercari-cari relevannya moral yang dinyatakan oleh penulis dengan dengan objek di gambar tersebut.

5. Data

Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 14
Jumlah : 36

- Tahniah kerana menyempurnakan tugasan walau kurang sihat. Semangat kesukanan yang patut dipuji.
- Penceritaan yang menarik, ‘merapu’ yang menjadi tetapi terlalu pendek dan terlalu ringkas berbanding peserta-peserta lain.
- Menggunakan bahasa ‘basahan’ atau slanga tidak salah tetapi kalau boleh eja secara penuh sekurang-kurangnya untuk pertandingan ini.

Terima kasih.Tahniah kepada semua peserta!


Juri : Tempe

1. Data

ITEM WAJIB : 12
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 13
JUMLAH : 33

- Satu item wajib tiada? POLL tiada… yg mana beri efek 10% markah..
- Penerangan mengenai tupai tiada… soalan dah minta ceritakan mengenai tupai….
- Ada idea utk bercerita.. tp terlalu ringkas dan agak tergantung
- Syabas sbb menyempurnakan tugasan walaupun sakit

2. Lemon

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 22
JUMLAH : 45

- menarik, penggunaan aku untuk menggambarkan watak atau mmg anak ayam tu ke yg menulis sendiri.. kekekeke..
- saya kesan improvement dr segi penyampaian… bagus
- kenapa moral cerita kurang relevan?

3. Neo

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 8
PENYAMPAIAN TUGASAN : 21
JUMLAH : 43

- cerita yg menarik dan diperkuatkan lagi dgn dialog.. bagus.. ada improvement from minggu lepas
- moral cerita juga masih ada relevan

4. Jejerz

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 24
JUMLAH : 47

- satu2nya peserta yg beri info agak terperinci beserta rujukan mengenai watak didlm gambar seperti kehendak soalan… good.
- kreatif.. terdapat bukan sahaja satu.. tp dua penceritaan berkaitan gambar
- pengakhiran cerita menarik.. walau tidak disebut sbg moral of the story… tp dgn membacanya dah boleh ditafsirkan bahawa itulah moral utk cerita anda..

5. Squall

ITEM WAJIB : 14
KEKEMASAN BLOG : 9
PENYAMPAIAN TUGASAN : 19
JUMLAH : 42

-kenapa tiada penerangan mengenai watak di dalam gambar seperti kehendak soalan? awak ada potensi, jgn kerana kurang prihatin terhadap soalan mengurangkan markah anda
- kreatif …namun saya berasa terganggu utk kerap padankan perkataan.. mungkin lebih baik sekiranya sediakan cerita yg telah di padankan pada hujung penyampaian.. iaitu melinkkan page itu ke page lain… supaya pembaca boleh semak di akhir pembacaan
- pada column 6, cerita cinta, saya tak dpt nak padankan perkataan SAYING dgn cerita, kesalahan ejaan atau mmg begitu?
- saya lihat ruangan kosong cuma bernombor hingga 11 sahaja… tetapi kenapa jadual utk pengisian perkataan ada sehingga 12?


Saya menggalakkan para peserta utk menjelajah dan meneliti blog peserta lain utk melihat di mana dan bagaimana mereka mendapat kelebihan markah. Ini bagus utk anda membuat penelitian.

Rata2 peserta menunjukkan persaingan yg sengit. Diharapkan ianya akan kekal sengit hingga ke akhir pertandingan.

Berikut adalah keputusan pada minggu ini :

1. SQUALL : 63.7% (JK) + 10% (JL) + 3.75% (JA) = 77.45%
2. JEJERZ : 63.7% (JK) + 10% (JL) + 3.75% (JA) = 77.45%
3. LEMON : 65.52% (JK) + 6.7% (JL) + 2.5% (JA) = 74.42%
4. NEO : 59.50% (JK) + 8.6% (JL) + 3.75% (JA) = 71.85%
5. DATA : 63.749.46% (JK) + 0% (JL) + 2.5% (JA) – 10 (kerana kelewatan) = 41.96%


Pada masa poll telah dikeluarkan, peserta KANTOIS terpaksa menarik diri akibat komitmen terhadap kerja. Sayang sekali kerana saya jangkakan KANTOIS mampu berikan saingan hebat kepada peserta2 lain. Sebelum itu pula KATARSIS juga terpaksa menarik diri kerana komitmen terhadap kerja. KATARSIS juga merupakan pencabar yg kuat yg. Pihak penganjur mengucapakan TERIMA KASIH kepada KATARSIS & KANTOIS kerana memberi sokongan kepada JLBM dgn menyertai pertandingan ini.

Oleh kerana penarikan diri oleh kedua2 peserta ini, tiada penyingkiran buat minggu ini. Kesemua lima peserta yg tinggal akan mara ke minggu ke-3.

Tugasan Minggu Kedua


Tugasan Minggu Ke-2
CERITA DI SEBALIK GAMBAR


Kaji dan selidik gambar yg telah diberikan kepada anda. Ceritakan mengenai gambar tersebut. CERITA LUCU? CERITA SERAM? atau CERITA SEDIH?. Beri tumpuan kepada haiwan yg berada di dalam gambar tersebut dan apakah yg haiwan itu lakukan. Berikan sedikit penerangan mengenai haiwan tersebut.Anda bebas mengarang cerita agar berkaitan dgn gambar tersebut.

Format Tajuk Tugasan
JLBM 2008 (Week 2) : Tajuk Anda

Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.

Tarikh Tutup Serahan Tugasan
Sila siarkan tugasan masing2 pada blog anda sebelum pukul 4 ptg (waktu Malaysia), RABU, 20 Feb 2008


Jejerz
Squall


Data

Neo_Matrixx

Katarsis

Lemon

Kantois


Inilah hasil karya kreatif para peserta.

Lemon
Anak Ayam

Neo_Matrixx
Kehidupan Seekor Kucing..

Jejerz
Itu Gajah!

Squall
Kisah ____(12)____

Data
Tupai DATA

Katarsis
Tarik Diri

Kantois
Tarik Diri

Catatan Minggu Pertama


Pada permulaannya, pertandingan berjalan dgn lancar sekali. Asalnya terdapat 10 org peserta yg sepatutnya bertanding, namun pada masa aku mengumumkan Item Wajib yg perlu di letak pada blog masing2, seorang peserta telah menarik diri. Agak kecewa juga aku rasakan, tp aku faham yg peserta tersebut sdg bergelut dgn kesibukkan bekerja dan juga pelajarannya. Dan aku rasa yg dia mendaftar utk pertandingan tersebut pun untuk beri semangat pada aku. Hehe. Terperasan lak.

Selepas mengumumkan item wajib, aku telah beri masa seminggu kepada para peserta utk 'touch-up' blog mereka dan bersedia utk pertandingan. Apabila soalan pertama di keluarkan aku lihat masing2 dah mengerut dahi bagaimana utk menyiapkan tugasan mereka. Haha... lihat? berdasarkan ayat mereka sebenarnya...haha. Macam2 gelagat aku lihat, ada yg tersaiko melihat tugasan peserta lain, ade yg dah draft tp tunggu sehingga ke last minute utk menghantar tugasan. Ada juga yg baru saja soalan dikeluarkan dia tlh pun menyiapkan tugasan. Sungguh bersemangat sekali. Haha. Tak kurang juga ada yg berkempen di bod Layan Borak untuk meraih undi dari Juri Awam. Haha.

Sehingga ke saat penghantaran tugasan kesemuanya masih berjalan lancar. Namun, pada saat keputusan di umumkan, telah berlaku sedikit kekecohan. Seorang peserta yg telah tersingkir, tidak berpuas hati dgn markah yg diberikan oleh juri kepadanya lantas menyebabkan dia tersingkir. Kebetulan pada masa itu aku pula bercuti. Jadi aku tidak dpt memantau sepenuhnya apa yg terjadi. Puas dan jenuh jugalah Juri yg seorang itu dimaki hamun dan disumpah seranah oleh peserta ini.

Kesal jugalah aku dgn apa yg terjadi. Juri dituduh pilih kasih dan sebagainya. Tp benda dah terjadi. Aku juga tidak menyalahkan peserta itu sepenuhnya, aku faham yg dia tlh menaruh harapan terlalu tinggi namun kecundang di permulaan, maka terjadilah kekecohan. Pada peserta tersebut, kalau anda baca catatan ini, lagi sekali saya ulangi, blog anda bukan tidak bagus, tp bukan rezeki anda dan kami (Juri) hanya mengadili tugasan anda sahaja (bukan blog anda) berdasarkan apa yg sepatutnya.

Ada juga yg mempertikaikan juri yg seorang ini. Pada masa itu aku terfikir, haruskah aku menukar juri, tapi utk apa? Kalau ditukar pun seumpama aku menurut kata dan tidak konsisten. Setiap juri yg aku pilih ada sebab tertentu. Juri yg seorang ini pun kerana sifatnya yg simple inilah aku pilih dia. Ya, boleh dikatakan aku pilih dia, supaya menjadi curve utk pertandingan ini. Supaya peserta tahu, bukan mudah utk mendapat markah dan memuaskan hati semua juri. Kira juri yg seorang ini ala2 Paul Moss (Malaysian Idol) & Simon (American Idol) la dlm pertandingan ini walau mungkin dia tidak sehensem mereka itu. Hahahaha.

Di sini juga kau nak ucapkan terima kasih kepada Blekpepel, pada aku BP dah byk bantu aku utk menangani kekecohan ini dgn cara yg baik.. Thanks BP.

Kiranya itulah cabaran pertama aku dlm pertandingan musim kedua ini, rasa hampir patah semangat juga kerana kecoh forum Jomlayan dibuatnya. Tp, aku tidak boleh patah semangat, aku kena teruskan juga apa yg telah aku mulakan... well, hidup tak semestinya mudah. Ini juga satu pengalaman bagi aku, belajarlah dari pengalaman.

Keputusan Minggu Pertama



Apa komen para juri dan apakah markah yg telah peserta terimauntuk tugasan yg pertama ini? Siapakah pulak yang telah tersingkir? Mari kita lihat.



JURI : Blekpepel

Salam

Rata-rata peserta memahami dan dapat menjawap kesemua persoalan yang dikemukakan oleh penganjur dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat peserta yang hilang markah di bahagian ini disebabkan kegagalan menjawap dengan jelas dan telus.

Dari segi kekemasan blog, penilaian secara visual mengambilkira susun atur dan reka letak ruang laman blog. Kesemua blogger berjaya mempamerkan susun atur blog yang kemas dan bersih samada dari segi pengisian ruang utama dan lajur sisi laman blog.

Dari segi penyampaian tugasan, saya menekankan aspek keaslian, kreativiti, gaya bahasa, tata bahasa dan ejaan. Walaupun blog merupakan ruang untuk berekspresi dan meluahkan segala yang kita rasa secara bebas mengikut citarasa dan gaya bahasa yang kita selesa atau ingini tetapi aspeks penjurian saya amat menekankan tertib dan kesantunan dalam berbahasa apatah lagi ini adalah suatu pertandingan. Peserta yang berjaya mempersembahkan tugasan dengan kreatif dan ‘berjiwa’, di samping gaya bahasa dan susunan kata-kata yang menarik dan teratur mempunyai kelebihan.

Terima kasih.

1. f1q
Item Wajib : 12
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 14
Jumlah : 35

2. lemonadenoi
Item Wajib : 11
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 16
Jumlah : 36

3. Squall
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 17
Jumlah : 40.5

4. Neomatrixx
Item Wajib : 13
Kekemasan Blog: 8.5
Penyampaian Tugas : 17
Jumlah : 38.5

5. Jejerz
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 21
Jumlah :44.5

6. Kantois
Item Wajib : 8
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 15
Jumlah : 31

7. Katarsis
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 19
Jumlah :42.5

8. Kiara
Item Wajib : 12
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 14
Jumlah : 35

9. Data
Item Wajib : 11
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 15
Jumlah : 34


JURI : Diablo

1. Fiq
Item Wajib : 10
Kekemasan : 10
Penyampaian : 10
Jumlah : 30

- Aku tak jumpa dia punya poll + jam dia tak berfungsi
- boring

2. lemonadenoi
Item Wajib: 14
Kekemasan: 10
Penyampaian: 20
Jumlah : 44

- Very nice!

3. Squall
Item wajib: 14
kekemasan: 8
Penyampaian: 18
Jumlah : 40

- blog agak rojak

4. Neomatrixx
item wajib :14
kemasan: 8
Penyampaian: 18
Jumlah : 40

5. Jejerz
item wajib: 14
kekemasan: 10
Penyampaian: 20
Jumlah : 44

6. Kantois
item wajib: 14
kemasan: 5
Penyampaian: 20
Jumlah : 39

- cantik, tapi aku x suka banyak frame. ruang utk baca limited. Dia punya heading dah curi semua space. hilang minat aku utk explore lagi.

7. Katarsis
item wajib: 14
kemasan: 10
penyampaian: 8
Jumlah : 32

8. Kiara
item wajib : 14
Kemasan : 8
Penyampaian : 8
Jumlah : 30

9. Data
item wajib: 14
kemasan: 10
Penyampaian: 20
Jumlah : 44

- simple je... straight to the point. i like!!!

JURI : Tempe

Salam,

Rata2 memberikan persembahan yg bagus. Namun masih ada ruang yg perlu diperbaiki. Bg yg berharapan supaya blognya menjadi terkenal, sila mantapkan tatabahasa dan penggunaan ayat anda. Minda perlu lebih kreatif utk menyampaikan tugasan dgn gaya tersendiri dan menjadikan tugasan anda menarik.

1. f1q
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 16
Jumlah : 38

- tatabahasa, permainan bahasa perlu mantapkan lagi sekiranya ingin blog anda jadi popular

2. lemonadenoi
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 19
Jumlah : 42

- nice job on blogging, keep up the good job.

3. Squall
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 16
Jumlah : 38

- adakah anda rasa perkataan 'apa kejadahnya' sesuai utk digunakan di dalam tugasan anda? Perkataan itu agak kasar bunyinya. mungkin boleh digunakan sekiranya bersesuaian dgn ceritanya.
- pilih penggunaan bahasa yg sesuai dan mudah difahami

4. Neomatrixx
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 19
Jumlah : 41

- pemilihan warna tulisan, perlu lebih berhati kerana blog anda berlatar gelap. oleh itu tulisan yg berwarna gelap juga akan menjadikan blog anda kurang ceria.

5. Jejerz
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 21
Jumlah :44

- keep up the good work
- nice banner of the eyes.... u have created something that related to the topic

6. Kantois
Item Wajib : 13
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 16
Jumlah : 37

- satu item wajib tertinggal, semak balik
- ruang browsing terlalu kecil, menyempitkan pembacaan

7. Katarsis
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 22
Jumlah :45

- just to colourful.. colour that too bright can hurt the reader's eyes
- tahniah sbb dpt komen ni dr pembaca

" precise & brilliant idea while elaborating the assignment plus good fact being included"

8. Kiara
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 18
Jumlah : 41

- boleh dikatakan agak bagus utk blogger baru
- permainan bahasa memainkan peranan penting dlm pertandingan sebegini

9. Data
Item Wajib : 14
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 18
Jumlah : 40

- lebihkan kreatif dlm menyampaikan tugasan
- seeloknya elakkan menggunakan ringkasan perkataan unless it is a standard one

Siapakah 2 PESERTA yg terkeluar pada minggu ini??

Terlebih dahulu, kepada peserta yg tersingkir, harus diingati, ini bukanlah pengakhiran kepada anda, sebaliknya permulaan untuk anda. Anda telah pun mencurahkan usaha yg baik utk pertandingan ini. Teruskan berblog dan jadikannya yg terbaik, sekurang-kurangnya terbaik bagi anda. Diharapkan usaha berblog anda tidak tamat disini sahaja. Saya percaya, blog anda ada peminat tersendiri. Jadi, jgn hampakan peminat anda. Yg paling penting, jgn hampakan diri sendiri.

Kepada peserta yg layak ke minggu seterusnya, jgnlah berasa selesa dgn kedudukan anda sekarang. Buktikan yg anda mampu melakukan yg lebih baik bg tugasan seterusnya.

Berikut adalah kedudukan markah minggu ini :

1. Jejerz =>> 61.82% (JK) + 2% (JA) + 8.9% (JL) = 72.72%

2. Squall =>> 55.30% (JK) + 2.5% (JA) + 10% (JL) = 67.80

3. Data =>> 55.06% (JK) + 2.2% (JA) + 10% (JL) = 67.26

4. Neo_matrixx =>> 55.76% (JK) + 2.5% (JA) + 8.9% (JL) = 67.16

5. Katarsis =>> 55.76% (JK) + 2.0% (JA) + 8.8% (JL) = 66.56

6. Lemonadenoi =>> 56.84% (JK) + 2.2% (JA) + 7.5% (JL) = 67.80

7. Kantois =>> 49.94% (JK) + 1.6% (JA) + 10% (JL) = 61.54

8. Fiq =>> 48.06% (JK) + 3.5% (JA) + 9.2 (JL) = 60.76

9. Kiara =>> 49.46% (JK) + 1.6% (JA) + 6.7% (JL) = 57.76

Oleh itu, dukacitanya saya umumkan bahawa 2 peserta yg tersingkir pada minggu ini ialah FIQ & KIARA.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada Fiq & Kiara kerana sudi menyertai pertandingan ini kerana saya menanggap yg penyertaan anda berdua adalah sokongan kepada saya dlm menjayakan pertandingan ini. Jgn putus asa dgn kekalahan ini kerana blog anda juga mempunyai keunikkan tersendiri.

Tugasan Pertama


Tugasan Minggu Pertama
SAYA DAN BLOG

Tugasan anda mestilah menjawab persoalan berikut :
Kenapa anda menjadi blogger?
Sudah berapa lama bergelar blogger?
Siapakah pendorong anda?
Blog anda adalah mengenai apa?
Siapa yg telah berjaya dipengaruhi utk membuat blog selama anda begelar blogger?
Apa harapan anda terhadap blog anda?
Pada pendapat anda bagaimanakah blog anda sekarang?

Tugasan hendaklah disampaikan dgn penuh kreatif dan menarik.

SAYUGIA DIINGATKAN, TUGASAN MESTILAH MENJAWAB PERSOALAN, TP TAK SEMESTINYA BERBENTUK SOAL JAWAB.

Format Tajuk Tugasan

JLBM 2008 : Tajuk Anda

Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.

Tarikh Tutup Serahan Tugasan

Sila siarkan tugasan masing2 pada blog anda sebelum pukul 4 ptg , RABU, 13 Feb 2008.



Anda boleh melihat kekreatifan para peserta di sini.

F1Q
Saya & Blog

Lemonadenoi
Tentang Lemonadenoi

Squall_pka1
Cerita antara blog dan aku...

Neo_matrixzz
Saya Dan Blog

Jejerz
aku, blog & ...

Kiara
Tugasan 1

Katarsis
Aku, Blog dan Blogging..

Kantois
Blog ke Blogger?

Data
Saya Dan Blogger

Pembahagian Markah Oleh Juri Khas


Aku juga tlh menyediakan format pemarkahan kepada para juri utk memberi markah kepada para peserta. Inilah format markah yg telah aku sediakan :

Pembahagiaan Markah oleh JURI KHAS

Sebanyak 70% dr markah yg diberikan oleh JURI KHAS menyumbang kepada markah penuh anda.

Tugasan anda akan dinilai seperti berikut oleh JURI KHAS.

ITEM WAJIB : 14 markah (2 markah bg setiap item wajib)
Juri berhak tidak memberi markah atau memotong markah bg setiap item wajib sekiranya item wajib tidak kelihatan pada juri.

KEKEMASAN BLOG : 10 markah
Susun atur blog, layout blog menyumbang kepada kekemasan blog. .

PENYAMPAIAN TUGASAN : 26 markah
Tugasan hendaklah kreatif, mampu menarik minat pembaca, teratur dlm penyampaian dan memenuhi kehendak tugasan.

*** Pemberian markah oleh JURI KHAS adalah muktamad, sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan ***


Juri Khas bg JL BLOGGER MANIA 2008 (aka musim kedua) ialah :

1. Blekpepel (aka Blackpurple)
2. Diablo
3. Tempe