Kembali ke halaman UTAMA : Jurnal JL Blogger Mania

Saturday, April 5, 2008

Part 4 - Kemuncak JLBM 2008 ... JUARA ialah...




Mempersembahkan..... juara JL Blogger Mania 2008....



JUARA : Jejerz


NAIB JUARA : Squall_Pka1


KE-3 : Lemonadenoi


Ke-4 : Data

TAHNIAH

kepada semua pemenang



Anda di jemput utk menyaksikan kemeriahan GREEN CARPET - KEMUNCAK JLBM 2008 di forum Jomlayan.

Part 3 - Kemuncak JLBM 2008



MARKAH TERKUMPUL

Jejerz :

Minggu 1 : 72.72
Minggu 2 : 77.45
Minggu 3 : 78.35

JUMLAH : 228.52

20% >> 15.23%



Squall :

Minggu 1 : 67.80
Minggu 2 : 77.45
Minggu 3 : 72.65

JUMLAH : 217.90

20% >> 14.53%



Lemon :

Minggu 1 : 67.80
Minggu 2 : 74.42
Minggu 3 : 73.40

JUMLAH : 215.62

20% >> 14.37%



Data :

Minggu 1 : 67.26
Minggu 2 : 41.96
Minggu 3 : 69.40

JUMLAH : 178.62

20% >> 12.00%



JUMLAH MARKAH SETIAP PESERTA

DATA

MARKAH TERKUMPUL : 12.00

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 35
- Blekpepel = 38
- Tempe = 38

60% = 44.40

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 17
- Whitedolfin = 38

20% = 11.00

JUMLAH : 67.40


SQUALL

MARKAH TERKUMPUL : 14.53

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 45
- Blekpepel = 42.50
- Tempe = 39

60% = 50.60

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 22
- Whitedolfin = 46

20% = 13.60

JUMLAH : 78.73


LEMON

MARKAH TERKUMPUL : 14.37

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 40
- Blekpepel = 44
- Tempe = 41

60% = 50.00

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 19
- Whitedolfin = 44

20% = 12.60

JUMLAH : 76.97


JEJERZ

MARKAH TERKUMPUL : 15.23

MARKAH JURI KHAS :
- Diablo = 34
- Blekpepel = 45.5
- Tempe = 46

60% = 50.20

MARKAH JURI JEMPUTAN :
- Mannspider = 25
- Whitedolfin = 46.5

20% = 14.30

JUMLAH : 79.73



*** PARA JURI SEBULAT SUARA UTK TIDAK MEMOTONG MARKAH LEMONADENOI DI ATAS KELEWATANNYA MENGHANTAR TUGASAN KERANA KESILAPAN ASAL ADALAH BERPUNCA DRPD PENGANJUR ***

Friday, April 4, 2008

Part 2 - Kemuncak JLBM 2008


MARKAH DARI JURI JEMPUTAN


Juri : MANNSPIDER


Thanks sbb bagi peluang jadik juri tak bertauliah untuk forum yg canngih ni. Berikut permarkahan untuk mereka mereka yang bertanding menulis blog.

Lemon
Markah :
1 .Kekemasan blog > 4 markah
2. Penyampai tugasan > 15 markah
JUMLAH : 19

Komen :
Kekemasan yg sederhana tapi boleh diperkemaskinikan.
Penyampaian blog yang sangat simple tapi sayangnya terlalu bersahaja & tidak menampakkan kesungguhan. Pemilihan ayat ayat mudah bukan saja menjemukan tapi mengundang rasa bosan kepada pembaca.


Jejerz
Markah :
1 .Kekemasan blog > 7 markah
2. Penyampai tugasan > 18 markah
JUMLAH : 25

Komen :
Susunan yg baik & kemas terhadap butir butir penyampaian. Susunan graphics yg teratur & mudah di terima. Penulis berjaya pada pandangan saya dalam mengekpresi kemahuannya & mempunyai imaginasi yang agak terbuka & gaya penulisan yang seakan mempunyai jalan cerita atau naratif.
Keseluruhan yang paling baik antara keempat2 peserta bagi pandangan saya.


Squall
Markah :
1 .Kekemasan blog > 6 markah
2. Penyampai tugasan > 16 markah
JUMLAH : 22

Komen :
Satu tugasan yang baik dilaksana kan oleh penulis. Sususan graflk yang menarik & pelbagai. Tetapi pada pandangan saya...adalah agak kurang professional seakan mengundang persoalan kerana seekor kucing boleh menulis blog. Seakan memperbodohkan ( maaf! ) pembaca dgn imaginasi yang pada pandangan saya agak klise. Kerana bagi saya..tugasan ini bukan lah menjurus kepada genre lawak, tetapi bagaimana seseorang itu berimaginasi secara kreatif jikalau beliau mendapat duit yang banyak. Bukan berimaginasi menjadi seekor kucing. :-)


Data
Markah :
1 .Kekemasan blog > 3 markah
2. Penyampai tugasan > 14 markah
JUMLAH : 17

Komen :
Secara ringkasnya, saya merumuskan penulis blog ini agak kesuntukan masa & tidak fokus dengan apa yang perlu di lakukan. Susunan ayat, font & gaya penulisan yang saya boleh anggap kebudak budakan. Tidak mengikut format yang sesuai & berkesan untuk menyakinkan pembaca bahawa katak itu memegang peranan yang penting. Ianya hanya di tulis ( mungkin ) atas ketandusan idea barangkali.
Perlukan banyak pendedahan untuk penulis2 blog ini di masa hadapan untuk menjadi penulis blog yang berjaya & boleh diterima oleh pembaca media stream di luar sana.

www.kennysia.com merupakan satu contoh blogger yang terkenal dengan gaya penulisan nya yang bersahaja tetapi kelakar & mempunyai mesej sinis. Beliau juga merupakan salah seorang pelopor untuk blogger di Malaysia.

Terima kasih sekali lagi.
Wassalam.


Juri : WHITEDOLFIN


format pemarkahan yang aku berikan bukanlah berdasarkan kepada cara blogger yang betul. Pemarkahan aku adalah sebagai juri khas. Sebagai seorang pembaca blog. Samada aku suka dengan jalan cerita korang atau tak. Dan aku bagi markah ini hanya berdasarkan kepada tugasan terakhir bukan semua tugasan. So jangan cakap aku bias yer.

1) Data
Kekemasan blog =8
penyampaian tugasan =30
Jumlah : 38

komen- jalan citer lain dr yang lain.kreatif. tapi aku kurang minat citer ko.. rasa agak terganggu bila baca citer ko macam tersekat2.mungkin ko tulis sekata jer kot.. aku jadi bosan..hehehe.

2) Lemon
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =35
Jumlah : 44

komen- aku suka idea memasukkan lagu apex tu..lain dr peserta yang lain

3) Jejerz
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37.5
Jumlah : 46.5

komen - sebagai pembaca aku suka jalan citer ko. ringkas dan senang aku baca..points penting tuk idea JL tu..logik .

4) Squall
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37
Jumlah : 46

komen - sebagai pembaca aku suka citer ko..kreatif, menarik lain dr yang lain.buat aku tergelak. tapi aku terpaksa tolak markah.pasai kucing tu mati.macamana dia leh bercerita lagi.. x logiklah

Part 1 - Kemuncak JLBM 2008




Pada 21 Mac 2008 yg lalu, keputusan pemenang JL Blogger Mania 2008 telah pun di umumkan. Pada yg menjadi juara, mestilah menjadi suatu kebanggan kepadanya. Namun peserta2 JLBM yg lain pun bukan calang orgnya. Masing2 mempunyai daya saing dan berpotensi besar.

Sekarang mari kita lihat komen para juri.

MARKAH DARI JURI KHAS

Juri : BLEKPEPEL


Squall
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 33
Jumlah : 42.5

- Gaya bahasa yang menarik
- Kelainan Squal, dia sebagai seekor kucing. Walaupun kreatif tetapi tidak membantu dari segi mendapatkan markah yang tinggi [bagi saya secara peribadi]
- Kurang menceritakan apa yang ingin dilakukan dengan RM1 juta itu selain untuk JL. Mungkin sebab dia seekor kucing, ada limitasi agaknya :D
- Walaupun dari segi logiknya, cerita Squall ini agak longgar, tapi ada beberapa mesej di dalamnya.


Jejerz
Kekemasan Blog: 9.5
Penyampaian Tugas : 36
Jumlah : 45.5

- Walaupun gaya penceritaan ‘straight forward’ dan tak banyak bermain dengan bahasa sangat tapi sarat dengan isi.
- Saya tertarik bagaimana Jejerz menggunakan RM1 jutanya itu. Ada sentuhan kemanusiaan dan kemasyarakatan.
- Jejerz tahu apa yang diceritakannya, imaginatif tetapi masih rasional.
- Ada diselitkan lawak yang bersahaja.


lemonadenoi
Kekemasan Blog: 9
Penyampaian Tugas : 35
Jumlah : 44

- Saya tertarik dengan cara penyampaian tugasan Lemon. Gaya bahasanya bersahaja tetapi kreatif, berisi dan segar.
- Penceritaan yang berpijak di bumi yang nyata.
- Idea Lemon bagaimana untuk memajukan JL itu nampak rasionalnya.
- Diselitkan lirik lagu [atau mungkin boleh saya katakan puisi bebas juga], kreatif dan bermesej.


Data
Kekemasan Blog: 8
Penyampaian Tugas : 30
Jumlah : 38

- Ini tugasan Data yang terbaik berbanding tugasan-tugasan sebelum ini.
- Ada kemajuan terutamanya dari segi bahasa.
- Terdapat beberapa kesalahan ejaan di sana sini.
- Menggunakan dialog kreatif, tetapi isi keseluruhannya agak longgar dan kurang fokus kepada kehendak tugasan.


TERIMA KASIH!

TAHNIAH kepada semua peserta!


Juri : DIABLO


Lemon :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 30 markah
Jumlah : 40

-Ruang teks agak sempit, tapi bukan masalah besar. kemas & mudah dibaca.


Jejerz :
Kekemasan blog > 9 markah
Penyampai tugasan > 25 markah
Jumlah : 34

-Padat & panjang... dikuatiri org yang malas membaca (mcm aku) akan terus hilang minat. Tu pandapat peribadi aku aje lah... maybe orang lain suka.


Squall :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 35 markah
Jumlah : 45

- Aku suka


Data :
Kekemasan blog > 10 markah
Penyampai tugasan > 25 markah
Jumlah : 35

- Aku lebih suka kalau perenggan tu dijarakkan... senang sikit nak baca. Pastu kalau boleh toksah le panjang sangat.


Sekian timakaseh


Juri : TEMPE


Salam semua,

Rata2 kesemua peserta menunjukkan persembahan dan pencapaian yg bagus. Ada yg sudah pun menunjukkan peningkatan pada final kali ini. Bagus. Saya lihat ada 2 peserta yg tidak begitu meneliti soalan sehingga mereka tertinggal beberapa point penting dan menyebabkan pengurangan markah. Sebelum ini saya pernah menasihatkan supaya meneliti soalan dan dptkan point2 yg perlu ada. Ini kerana saya memberi penekanan supaya anda menjawab soalan mengikut kehendak soalan.

Sebenarnya sekiranya anda teliti soalan tugasan selain dr jln penceritaan yg bagus, kretiviti ada 5 point penting pada soalan Final ini, iaitu :

- Sumber : dr pertandingan APA anda MEMENANGI wang tersebut
- Impian anda : nyatakan apa yg anda akan buat dgn wang tersebut
- Forum JL : apa yg akn dibuat utk memajukan JL
- Kucing : kaitkan dgn cerita
- Rumah : kaitkan dg cerita

Saya lihat ada 2 org peserta yg tertinggal certain point dlm tugasan mereka. Ya, ini final tp apa yg saya beritahu ini mungkin berguna sekiranya anda menyertai next season. Catat point yg penting dan mulakan karya anda. Pemberian markah saya adalah berdasarkan point2 ini.

DATA
Kekemasan : 9
Penyampaian : 29
JUMLAH : 38

- Hanya menyatakan 'PERTANDINGAN MENANG 1 JUTA'. Well what is the game name? Anda sepatutnya reka nama permainan yg lebih sesuai.
- Tertinggal satu point yg mana anda tidak menyatakan apa yg akan anda buat dgn wang RM1 juta tersebut
- cerita anda kali ni agak kreatif pada saya, namun pengawalan & pengakhiran cerita ada sedikit hambar
- bagus, anda akhirnya menerima nasihat Juri BP utk memperbaiki bahasa awak


SQUALL
Kekemasan : 9
Penyampaian : 30
JUMLAH : 39

- wang tersebut, berdasarkan soalan, anda sepatutnya memenangi wang tersebut dan bukan diperolehi atas sbb yg lain ye En Pembunuh. Saya dah beritahu awak sblm ini utk lebih teliti dgn soalan.
- erm, yg diperolehi ialah RM : ringgit malaysia, ttp kenapa AMERICAN DOLLAR yg dikenakan? Penggunaan gambar blh menjadikan cerita menarik tetapi perlulah relevan dgn cerita.- bahasa awak, kekadang mengelirukan saya utk memahami cerita. kadang2 bahasa yg simple, straight to point adalah memadai utk menjadikan cerita menarik
- cerita awak mmg kreatif, namun, 'ANDA' yg dimaksudkan di dlm soalan ialah penulis blog, yg mana, adakah kucing pandai menulis blog? atau anda ialah seekor kucing mr squall? kalau ini cerita hikayat kite boleh terima pakai ye.


JEJERZ
Kekemasan : 9
Penyampaian : 37
Jumlah : 46

- penerangan dlm btk point form utk perancangan diri sendiri & perancangan terhadap JL serta penerangan terperinci mmg membantu utk memahami apa yg awak sampaikan
- nilai2 kemasyarakatan dlm perancangan awak juga membuatkan rancangan awak lebih realistik
- wow.. LAPTOP, next season JLBM tlg taja laptop ye...
-setiap kali baca tugasan awak, mesti saya senyum, mcm BP ckp, tugasan awak ada sense of welcoming.


LEMON
Kekemasan : 9
Penyampaian : 32
JUMLAH : 41

- cerita anda terlalu ringkas dan simple walaupun begitu, awak terangkan perancangan awak dgn terperinci.
- perancangan awak kelihatan rasional pada saya.
- saya kira hanya awak dan jejerz yg penuh semua point dlm tugasan
- nice song... hehehe

Tugasan Final


Tugasan FINAL
RINGGIT MALAYSIA SEJUTA SAHAJA

Anda memenangi wang tunai sebanyak RM1,000,000. Anda mesti menyatakan dari mana anda memenangi wang tersebut dan apakah yg akan anda lakukan dgn wang tersebut. Salah satu dari perkara yang akan anda lakukan ialah mengambil alih FORUM JOMLAYAN. Apakah yg akan anda lakukan untuk memajukan lagi forum ini. Anda juga mesti meletakkan kedua-dua gambar ini ke dalam tugasan anda dan ianya mestilah releven dengan cerita anda.



Format Tajuk Tugasan
JLBM’08 (Week FINAL) : Tajuk Anda

Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.

Tarikh Tutup Serahan Tugasan

Oleh kerana ini merupakan minggu FINAL, dimana siapa bakal menjadi JUARA akan ditentukan pada minggu ini, maka tarikh akhir serahan tugasan ialah pada hari Rabu , 12 Mac 2008, sebelum 12PM

Oleh kerana ini merupakan minggu final, maka ada perubahan sedikit terhadap format pemarkahan.

FORMAT PEMARKAHAN FINAL

Pada minggu FINAL ini, format pemarkahan adalah berbeza berbanding dgn minggu2 lepas. Ini kerana kami ingin memilih mereka yg benar2 layak untuk bergelar JUARA JL BLOGGER MANIA 2008. Markah adalah berdasarkan kepada JURI KHAS & JURI JEMPUTAN sahaja bg minggu ini, tiada JURI LUAR dan JURI AWAM. Oleh itu, pembahagian markah adalah seperti berikut :

60 % JURI KHAS
20 % JURI JEMPUTAN
20 % markah dr tugasan2 lepas

Tugasan anda akan dinilai seperti berikut oleh JURI KHAS & JURI JEMPUTAN.

- tiada lagi markah utk item wajib -

KEKEMASAN BLOG : 10 markah
Susun atur blog, layout blog menyumbang kepada kekemasan blog.

PENYAMPAIAN TUGASAN : 40 markah
Tugasan hendaklah kreatif, mampu menarik minat pembaca, teraturt dlm penyampaian dan memenuhi kehendak tugasan.

*** Pemberian markah oleh JURI adalah muktamad, sebarang rayuan, surat menyurat tidak akan dilayan ***


BARISAN JURI KHAS

Blekpepel, Diablo, Tempe

Pada minggu akhir ini, anda sepatutnya sudah blh mengagak selera para JURI KHAS dlm mengadili tugasan anda.

BARISAN JURI JEMPUTAN

Whitedolfin, Mannspider

Adalah dimaklumkan bahawa juri jemputan di panggil bukanlah kerana mereka memiliki apa-apa keistimewaan di dalam bidang blog, tp mereka akan mengadili anda sebgi pembaca / audience. Oleh itu, markah anda adalah bergantung kepada samada penulisan anda mampu utk menarik minat mereka.


Hasil kreatif para peserta :

Data
Hikayat yang bukan-bukan

Squall
Cintaku Tertinggal di Jomlayan...

Jejerz
1 juta!!

Lemon
JUTAWAN DAN ANGAN

Catatan Minggu Ke - 3

Photobucket


Pada minggu ketiga ini pun alhamdulillah, pertandingan berjalan dgn lancar. Dan pada minggu ini jugalah pihak pentadbiran Jomlayan sudi menaja hadiah sebanyak RM50, yg mana aku mengambil keputusan utk menggunakan duit itu bg membeli buku dan dihadiahkan kepada pemenang. Antara buku yg menjadi pilihan aku ialah, Buku Motivasi (Fikir-Fikirlah, Buat Sampai Jadi & Nak Ke Tak Nak) dan juga buku karya Faisal Tehrani (Tuhan Manusia). Kenapa aku pilih buku-buku ni? Sebab aku harap ia dpt jadi motivasi kepada pemenang. Manakala buku Tuhan Manusia itu pulak mengupas isu murtad dgn cukup menarik sekali.

Mengenai tajuk tugasan yg dipilih pula, sebenarnya tajuk itu adalah tajuk gantian. Tajuk yg asal sebenarnya aku ingin menguji kecekapan peserta memasukkan video ke blog masing2 dan ingin mereka ulaskan mengenai video itu. Tp malangnya draft asal aku terhilang dan link ke video yg telah aku sediakan pun tidak ku jumpai. Huhu. Maka di akhir waktu terpaksalah aku gantikan dgn tajuk yg ada itu.