MARKAH DARI JURI JEMPUTANJuri : MANNSPIDERThanks sbb bagi peluang jadik juri tak bertauliah untuk forum yg canngih ni. Berikut permarkahan untuk mereka mereka yang bertanding menulis blog.
Lemon
Markah :
1 .Kekemasan blog > 4 markah
2. Penyampai tugasan > 15 markah
JUMLAH : 19
Komen :
Kekemasan yg sederhana tapi boleh diperkemaskinikan.
Penyampaian blog yang sangat simple tapi sayangnya terlalu bersahaja & tidak menampakkan kesungguhan. Pemilihan ayat ayat mudah bukan saja menjemukan tapi mengundang rasa bosan kepada pembaca.
Jejerz
Markah :
1 .Kekemasan blog > 7 markah
2. Penyampai tugasan > 18 markah
JUMLAH : 25
Komen :
Susunan yg baik & kemas terhadap butir butir penyampaian. Susunan graphics yg teratur & mudah di terima. Penulis berjaya pada pandangan saya dalam mengekpresi kemahuannya & mempunyai imaginasi yang agak terbuka & gaya penulisan yang seakan mempunyai jalan cerita atau naratif.
Keseluruhan yang paling baik antara keempat2 peserta bagi pandangan saya.
Squall
Markah :
1 .Kekemasan blog > 6 markah
2. Penyampai tugasan > 16 markah
JUMLAH : 22
Komen :
Satu tugasan yang baik dilaksana kan oleh penulis. Sususan graflk yang menarik & pelbagai. Tetapi pada pandangan saya...adalah agak kurang professional seakan mengundang persoalan kerana seekor kucing boleh menulis blog. Seakan memperbodohkan ( maaf! ) pembaca dgn imaginasi yang pada pandangan saya agak klise. Kerana bagi saya..tugasan ini bukan lah menjurus kepada genre lawak, tetapi bagaimana seseorang itu berimaginasi secara kreatif jikalau beliau mendapat duit yang banyak. Bukan berimaginasi menjadi seekor kucing. :-)
Data
Markah :
1 .Kekemasan blog > 3 markah
2. Penyampai tugasan > 14 markah
JUMLAH : 17
Komen :
Secara ringkasnya, saya merumuskan penulis blog ini agak kesuntukan masa & tidak fokus dengan apa yang perlu di lakukan. Susunan ayat, font & gaya penulisan yang saya boleh anggap kebudak budakan. Tidak mengikut format yang sesuai & berkesan untuk menyakinkan pembaca bahawa katak itu memegang peranan yang penting. Ianya hanya di tulis ( mungkin ) atas ketandusan idea barangkali.
Perlukan banyak pendedahan untuk penulis2 blog ini di masa hadapan untuk menjadi penulis blog yang berjaya & boleh diterima oleh pembaca media stream di luar sana.
www.kennysia.com merupakan satu contoh blogger yang terkenal dengan gaya penulisan nya yang bersahaja tetapi kelakar & mempunyai mesej sinis. Beliau juga merupakan salah seorang pelopor untuk blogger di Malaysia.
Terima kasih sekali lagi.
Wassalam.
Juri : WHITEDOLFINformat pemarkahan yang aku berikan bukanlah berdasarkan kepada cara blogger yang betul. Pemarkahan aku adalah sebagai juri khas. Sebagai seorang pembaca blog. Samada aku suka dengan jalan cerita korang atau tak. Dan aku bagi markah ini hanya berdasarkan kepada tugasan terakhir bukan semua tugasan. So jangan cakap aku bias yer.
1) DataKekemasan blog =8
penyampaian tugasan =30
Jumlah : 38
komen- jalan citer lain dr yang lain.kreatif. tapi aku kurang minat citer ko.. rasa agak terganggu bila baca citer ko macam tersekat2.mungkin ko tulis sekata jer kot.. aku jadi bosan..hehehe.
2) Lemon
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =35
Jumlah : 44
komen- aku suka idea memasukkan lagu apex tu..lain dr peserta yang lain
3) Jejerz
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37.5
Jumlah : 46.5
komen - sebagai pembaca aku suka jalan citer ko. ringkas dan senang aku baca..points penting tuk idea JL tu..logik .
4) Squall
Kekemasan blog =9
penyampaian tugasan =37
Jumlah : 46
komen - sebagai pembaca aku suka citer ko..kreatif, menarik lain dr yang lain.buat aku tergelak. tapi aku terpaksa tolak markah.pasai kucing tu mati.macamana dia leh bercerita lagi.. x logiklah